Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah

Salam Maal Hijrah 1431 kepada semua umat Islam. Saya mengharapkan dan mendoakan dengan kedatangan tahun baru hijrah ini, ukhwah dan kekuatan seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan lebih kukuh dan dapat diperkasakan pada tahun akan datang.

Saban tahun sambutan Maal Hijrah di sambut samada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Sambutan ini cukup penting bagi kita mengiklankan syiar Islam kepada umat Islam dan bukan Islam sebagai satu medan dakwah. Apatah lagi sambutan ini mendapat perhatian pimpinan-pimpinan tertinggi kerajaan mahupun rakyat biasa malah mendapat liputan luas media eletronik dan cetak. Maka di kesempatan yang ada ini, perlulah digunakan oleh pihak berkuasa agama untuk mengunakan kesempatan yang memperluaskan dan memperjelaskan mesej-mesej Islam kepada semua pihak.

Kita rasa dukacita sekiranya sambutan yang saban tahun diadakan ini, hanya tinggal pada sambutan dan perayaan semata-mata. Lebih malang jika ia cuma sekadar memenuhi takwim program tahunan. Maka sambutan yang kita adakan diseluruh pelusuk negeri ini hanya akan tinggal jasad tanpa ruh yang menjadi punca penggerak kepada kesedaran dan kecintaan kita terhadap Islam. Maka kerana itu saya juga mengharapkan program-program sambutan Maal Hijrah perlu dihayati dan lebih berkesan sesuai dengan golongan sasaran. Pihak kerajaan juga perlu memberikan sokongan padu samada dari sudut kewangan dan kemudahan-kemudahan lain agar program berkait dengan hari kebesaran Islam lebih lancar dan lebih hebat pada setiap tahun.

Bagi kita umat Islam perlulah mengambil kesempatan cuti dalam sambutan tahun Hijrah untuk menghidupkannya dengan majlis-majlis ilmu, ataupun ibadat-ibadat seperti majlis zikir dan doa, malah majlis atau pertandingan yang boleh menarik minat orang ramai terutama remaja kepada Islam seperti pertandingan nasyid, puisi atau cerita pendek sejarah Islam, malah mungkin dapat dinobatkan tokoh Remaja Hijrah bagi memberikan suntikan baru kepada program sambutan Maal Hijrah.

Akhirnya saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 kepada seluruh umat Islam amnya dan rakan-rakan khasnya. Moga Allah SWT memberikan petunjuk, rahmat dan keampunan kepada kita semua pada tahun yang mendatang ini.




Assalamualaikum,Harap semua teman-teman baik hendaknya.Esok kuliah dah bermula.Anak-anak tercinta terpaksa ku tinggalkan buat sementara....Memang banyak kerenah dan penat aku dibuatnya tetapi apabila aku melihat telatah ceria mereka..hilang penat semuanya...Semoga kita tidak akan putus asa untuk menempuhi hidup ini..aku paparkan untuk kalian gambar anak-anakku...semoga bergembira...

KENANGAN SEPANJANG SESI 2009

Berbagai ragam...bermacam kerenah...itulah yang hari-hari yang dilalui sepanjang sesi persekolahan januari sehingga november tahun ini...tetapi jika diimbas kembali seronok rasanya....



Dapat hadiah sempena Sambutan Hari Guru...Nak ketawa rasanya tapi 'control' je...hehe..



nak berarak ramai-ramai...semangat...sempena Maulidur Rasul...murid gembira guru gembira..

tetapi itu dah jadi kenangan...sekarang cuti dah bermula...tetapi tiada rehat untuk saya..tugas baru menanti tiba....jom kuliah...kita berjumpa di maktab..Selamat Belajar...

SOLAT & MUSAFIR

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar

Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".
Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)

2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".

Kita boleh juga jamakkan magrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2009
&
SELAMAT MENYAMBUT EIDIL ADHA

Antara Guru & Murid

MURID BANGGA DENGAN GURU

Ia adalah satu fenomena biasa.

Mungkin suatu ketika seseorang boleh berasa cukup bangga kerana dapat menjadi MURID kepada seseorang tokoh guru.

Perasaan ini boleh sampai ke suatu peringkat, menyebabkan si murid ‘buta' dengan keilmuan orang lain juga menafikan kealiman guru-guru lain. Tentunya ia amat percaya dengan keilmuan gurunya.

Di waktu yang sama, ada yang menjulang nama GURUnya setinggi mungkin. Ada dua kemungkinan sebab untuk tindakan ini; Pertamanya untuk menunjukkan kehebatan dirinya, Keduanya guru tersebut sememangnya layak.

Tidak kurang ada yang menggelarkan gurunya sebagai Wali, Kassyaf, Imam, Syeikh, Al-Allamah, Kiyai, Tuan Guru, Pakar rujuk, Mujaddid, Al-Hafidz dan lain-lain gelaran lagi. Semuanya menunjukkan betapa penghargaan murid terhadap keilmuan sang guru dan bertuahnya diri dapat menceduk ilmu darinya.

Namun sebenarnya, murid tidak begitu berautoriti untuk mengiktiraf guru sebagai ‘alim atau hebat. Ini kerana dia sendiri masih murid dan tiada kemampuan untuk menilai sesuatu ilmu itu sama ada ia tinggi, sederhana atau rendah.

Ini menyebabkan murid sebenarnya tidak mampu menilai malah tidak layak, KECUALI ia mengambil penilaiannya dari seorang guru dan alim lain, ATAU dia bukan murid biasa yang baru belajar tetapi murid yang telah tinggi ilmunya cuma menjadi murid untuk melengkapkan keilmuannya. Ia banyak berlaku di zaman silam, seperti Imam As-Syafie yang bijak dan lagi amat alim memuji gurunya Imam Malik dengan katanya :-

إذا جاء الأثر فمالكٌ النجم

Ertinya : "Apabila tiba sahaja kepada hal ‘al-athar' ( iaitu hadis-hadis nabawi yang sohih), maka (Imam) Maliklah bintangnya"

Kerana itulah satu hari di ketika Ali r.a duduk di sisi Nabi s.a.w, tiba-tiba Abu Bakar As-Siddiq r.a masuk, dengan segara Ali bangkit berdiri hingga menyebabkan Nabi tersenyum lalu diriwayatkan berkata oleh Anas bin Malik :

إِنَّمَا يَعْرِفُ الْفَضْلَ لأَهْلِ الْفَضْلِ أَهْلُ الْفَضْلِ

Ertinya : "Sesungguhnya yang mengetahui kelebihan seseorang adalah orang yang mempunyai kelebihan juga" ( Al-Jami' As-Soghir, As-Suyuti)

Tidak hairan juga jika wujud murid yang menumpang kemashuran Guru, menisbahkan diri kepada sang guru. Padahal di mata guru itu mungkin, si murid itu adalah yang paling lembap di dalam pengajiannya.

GURU BANGGA DENGAN MURID

Murid berbangga dengan gurunya adalah fenomena biasa, namun jika seorang guru berbangga dengan muridnya, itu juga normal tetapi sedikit luar biasa dan amat positif.

Ia jarang berlaku kecuali bagi mereka yang benar-benar cemerlang di dalam pengajiannya.

Tidka kurang juga kita dapati dalam sejarah Islam dan lainnya, sang murid lebih berpengetahuan, hebat, terkenal dan berjaya dari gurunya. Lihat sahasja kepada Imam Abu Hanifah An-Nu'man, Imam Malik, Imam As-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Bukhari, Muslim, Shamsuddin Az-Zahabi dan ramai lagi senarainya.

Justeru, tempatkanlah diri anda dari kalangan murid yang boleh dibanggai oleh guru.

Malah sehingga satu peringkat, wujud guru yang asyik menghebah kepada ramai bahawa si polan bin si polan adalah anak muridnya. Ia dihebah bagi tujuan, sama ada cuba ‘menumpang' kejayaan muridnya, atau lain-lain tujuan.

Benar, si murid pastinya terhutang budi dan ilmu kepada guru, namun guru ada pelbagai jenis guru. Ada guru yang melepaskan batuk di tangga semasa mengajar dan tidak memberi manfaat yang banyak dalam pembentukan diri dan kejayaan sang murid.

Terdapat juga guru, yang anak muridnya tidak perolehi apa-apa ilmu tambahan dari pengajarannya, hanya sekadar duduk dan mendengar ilmu-ilmu lama dan biasa di ulang-ulang. Guru sebegini juga patut memuhasabah diri jika ingin sewenangnya ‘mendakwa' kejayaan muridnya adalah kerana kebijaksanaannya.

Saya ingat-ingat lupa bagaimana kata-kata Syeikh Muhammad Al-Ghazzali (tokoh dakwah dan ulama Mesir) berkenaan Al-Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi.

Asalnya, Muhammad Al-Ghazzali adalah berpangkat guru kepada Al-Qaradawi, namun setelah kedua-dua mereka berkembang sebagai tokoh dakwah dan ilmuan hebat di peringkat antarabangsa. Syeikh Al-Ghazzali berkata yang maksudnya:

"Dulu dia adalah muridku tetapi kini aku adalah muridnya"

Demikian murninya pertalian mereka dan tawadhu'nya diri si guru selain pengiktirafan terbesar dari guru adalah apabila mengganggap dirinya kini sebagai murid kepada bekas anak muridnya.

KESIMPULAN

Bagi murid, jadilah murid yang dibanggai oleh guru, diberi contoh teladan oleh guru kepada muridnya yang lain, disenangi guru dan dirasa amat bertuah oleh guru. Khususnya bagi mereka yang sedang berada di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia, terutamanya bagi mereka yang berada di dalam ruang lingkup pengajian Islam.

Janganlah jadi murid yang ‘menunjuk pandai' di hadapan guru atau mengkritik guru di belakangnya tanpa haq. Jika benar, guru tidak pandai, tersalah, menyeleweng dan sebagainya, tunjukkan ‘pandai' kepadanya secara ‘pandai', nescaya bermanfaat dan jangan menunjuk pandai secara tidak bijak.

Bagi guru ; jadilah guru yang boleh dibanggai dan dirasa bertuah oleh muridmu, justeru mantapkan keilmuanmu dan penyampaianmu. Jika sang guru merasakan sumbangannya kepada sang murid yang telah berjaya adalah sumbangan penuh seribu satu kelemahan, bersyukur bersendirian sahajalah.

Kita tidak mahu wujud murid yang mencebik mulut atau mengangkat kening bila diingatkan kepadanya bahawa si polan bin si polan adalah bekas gurunya satu ketika dahulu. Kerana ‘guru' itu tidak seperti ‘guru' sebenarnya.

Bagi semua ; janganlah mendakwa seseorang yang lain sebagai anak muridmu jika ia tidak benar hanya semata untuk menaikkan namamu. Kelak ia akan menjatuhkanmu seribu anak tangga.

Sekian

Sumber : www.zaharuddin.net


Assalamualaikum...apa khabar semua teman-teman yang sedang melayari blog saya?InsyaAllah semoga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.Bukan niat untuk membangga diri bercerita entah apa-apa dalam blog ini tetapi terus terang saya katakan bahawa sebelum ini saya "kosong" tentang cara-cara membina blog....tetapi saya cuba juga mempraktikkan apa yang telah dipelajari...Semoga apa yang saya paparkan di blog ini dapat menyampaikan maklumat dan pandangan yang boleh dikongsi bersama